Walaupun bulan Ogos dah lama meninggalkan kita.. tp aku lum abis citer lagi mcmne kitorg menyambutnya kat sini.. biarpun sibuk dgn tugas dan rutin harian.. tp sambutan ambang merdeka ttp dibuat.. sebagai anak Malaysia yg merdeka sejak 1957.. (aku yg lahir tahun 79 ni pun kira dah merdeka jgak la...) semangat perjuangan tu masih lagi berada dlm diri aku.. darah yg mengalir didalam diri ini adalah darah pahlawan.. ceewahhh..
Sambutan disini agak simple tp penuh bermakna.. bermula dgn menuggu detik 12 mlm waktu lubnan.. (masa tu kat Malaysia dah sambut dah sbb kt sana 6 jam cepat dari sini).. Wakil kedutaan telah sampai dan acara perbarisan utk menaikan bendera pun diadakan.. Dgn iringian tiupan Bugler (trumpet askar) yg bersahut sahutan memainkan lagu last post mmg boleh meremangkan bulu roma kalu didgr.. Jalur Gemilar dikibarkan sambil menyanyikan lagu Negaraku...
Lepas je acara menaikan bendera.. adalah acara deklamasi sajak.. aku ditugaskan utk mengiringi deklamasi itu dgn lagu Bahtera Merdeka.. sajaknya berbunyi...

Jika diundurkan tika
kau akan lihat masa dulu kala
Lihatlah betapa pentingnya perjuangan
Lihatlah betapa besarnya pengorbanan
Jasa dan keringat mereka taburkan
Wang! Tenaga! masa dan fikiran
Hany didambarkan untuk perjuangan
Satu perjuangan yang lahir dari jiwa
Satu perjuangan yang terbit dari naluri
Jiwa mereka perkasa
Jiwa mereka murni
Setiap langkah hanya untuk anak bangsa
Untuk melihat lahirnya negara bangsa
Oh, Ibu pertiwi
Ku tinggalkan mu seketika
Untuk membantu dan berbakti
Dengan semangat bersaudara yang dibawa
Yang mengalir dalam nyawa di bumi Anbia
Kita disini bukan siapa
Kita disini bukan apa-apa
Kita disini tidak ada maknaya
Seandainya tiba masa pulang tanpa sekelumit rasa
Pulanglah kita dengan rasa cinta pada negara
Telah diiktibarkan, pedih, sedih
Melihat tanah sendiri dijajah, ditarah, diratah
Rakus tanpa rasa dosa
Mari kita pelihara rumah ini
Kita suburkan halamannya
Dengan janji mekar mewangi
Warisan penentu generasi kini
Ya Tuhan, berikanlah kemerdekaan ini
Kemerdekaan berkekalan kehujung abadi
Bersama kebesaranmu ya tuhan
Semoga anak bangsa untung menikmati
Merdeka.. Merdeka.. Merdeka...
Kalau diamati sajak ni dan didengarkan bersama lagu bahtera merdeka yg syahdu boleh meleleh air mata beb.. utk pengetahuan korg.. sajak ni ditulis sendiri oleh pendeklamasi kitorg iaitu Kapt Izwan@Brocks ..
Lepas je acara deklamasi sajak tu majlis kitorg berakhir dgn sedikit jamuan mkn.. iaitu pulut kuning... so, mcm tu lah kiranya sambutan ambang Merdeka kitorg kat sini.. Biarpun jauh beribu batu.. namun ttp dihati.. biar hujan emas dinegeri orang. hujan batu dinegeri sendiri.. lebih baik kita mandi air perigi.. hehe.. Peace No War.. adios...
-papairfan-
3 ulasan:
diana kat sini sambut merdeka ngan irfan jer pun :P
Sebenarnya menyambut tu tak penting.. yg penting adalah penghayatan erti kemerdekaan..
-papairfan-
salam..
jasa dan baktimu tetap dikenang sepanjang masa..sepanjang hayat..
Catat Ulasan