ORANG YANG TENANG SELALU MENANG

Ahad, 5 Disember 2010

KHASIAT BUNGA ZA'FARAN




Kali ni aku nak ubah selera skit la.. asik citer pasal diri aku je.. Bunga yg korg tgk kat atas ni adalah bunga Za'faran atau kalu org malaysia panggil Bunga Zafron.. Kat Lubnan ni mmg diorg banyak tanam bunga ni... Za’faran adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang kosmetik.

Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.

Bagi mendapatkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ianya memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.


KHASIAT ZA'FARAN

(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)

" Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil" Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema" Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang" Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)" Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh" Bengkak hati atau hipatitis A dan B" Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut" Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut" Menambahkan tenaga zahir dan batin" Masalah mati pucuk, sembelit" Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak" Awet muda dengan kulit cerah dan bersih" Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing" Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi" Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu" Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan" Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah


Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:Maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."


KEISTIMEWAAN ZA'FARAN

ZA'FARAN adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.

DARI SEGI PERUBATAN

Dios Cerides - seorag doktor bangsa Greek dari UK menganggap ZA'FARAN mempunyai nilai perubatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera, membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak.

Malah pada masa kini di INDIA, ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa ZA'FARAN kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin.

Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahaw ZA"FARAN dapat mengelakkan sistem pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994)Di Eropah ZA'FARAN bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan.Kini ZA'FARAN digunakan dalam membuat minuman pencernaan dimana warnanya yang keemasan itu di manfaatkan.

Di Mesir, ZA'FARAN telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai:

Membantu pencernaan makanan
Menghindarkan batuk dan radang paru-paru
Mengurangkan masalah tidak boleh tidur malam
Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi
Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut
Air anti spashodic

ZA'FARAN telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh 'therapist' dan pengusaha-pengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubat seperti:

Melancarkan haid yang tidak menentu
Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin
Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala
Membantu menenangkan jiwa yang tertekan

Di negara-negara Asia larutan ZA"FARAN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan.

Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar. ZA'FARAN bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat 'filamen' daripad ZA'FARAN tersebut ke dalam susu dan di minum.

So.. peace No War.. Adios..

-papairfan-

2 ulasan:

KakD berkata...

kalau kat malaysia nak dapat kat ne yek bunge nih...macam best jer nak terai :)

Tanpa Nama berkata...

Nanti abg bwk blk skit yea..

-ppairfan-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...