ORANG YANG TENANG SELALU MENANG
Memaparkan catatan dengan label LUBNAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LUBNAN. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Januari 2011

Last N3 from Lebanon...

Salamekum.. di kala korang membaca N3 ni kemungkinan aku dah  ada kt dlm kapal tebang OTW blk ke Malaysia bumi tercinta.. So, apa yang aku nak critakan ari ni adalah post yang terakhir dari bumi Lubnan ni.. pasni dah takde dah post dari lubnan.. 27hb.. pagi2 morning lagi kitorg dah bz utk mempacking dan seterusnya menimpang segala peralatan utk dibawa blk...


Ankphg tgh bizi tlg org menimbang barang.. konon-kononyer rajin la tuh... hehehe.. tp mmg rajin wooo mamat ni...




Aku plak cam biasak la.. juz tlg tgk je la.. tu sipermata ibu 'ayah' tgh bz potong nombor utk dilekatkan pada beg...



Lepas dah siap timbang.. semua beg tadi akan dibuat pemeriksaan oleh Polis Antarabangsa UNIFIL dari Tanzania. Ini utk memastikan takde org yang bwk blk barang2 terlarang...




Lepas dah siap semua.. kitorg telah diberi taklimat apa yang akan berlaku seterusnya.. mlm ni 28hb.. jam 2.30 pagi.. kitorg akan bergerak ke Beirut dan seterusnya ke Airport. RHIA. flight kitorg lebih kurang jam 12/.0 tghari 28hb.. maknanya lebih kurang kul 6.30 ptg waktu malaysia..


Kitorg akan naik kapalterbang yang sama dari kumpulan kedua MALBATT 3.. so, kitorg dijangka sampai ke Malaysia lebih kurang jam 7 pagi 29hb...yang tak bestnyer kitorg takleh jumpa keluarga.. huhuhuu.. takpelah.. 2hb nanti baru kita jumpa blk yea..


Lepas je siap semua.. aku cube la nak test skill aku dlm bidang fotografi ni.. dan jadikan geng2 aku sbg model.. sbg kenangan last post di Lebanon.. (lepas ni kalau jadik aku akan jadikan mamairfan plak sbg model...hehehe) Kamera yang aku gunakan NIKON D90.. (pinjam la..) blk nanti baru nak beli.. hehehe..


So, berikut adalah gambar2 yang telah aku amik dan edit...


From left: caspt dosh, capt faizal, capt meor and capt fastroll...



 Model spek OAKLEY..Ducati SCAPEL...


Model Ray Ban....



 
Menanti masa yang akan tiba....


 Hehehe.. aku la...


 Kerinduan....


Ermm.. harap korang berpuas hati dgn segala N3-N3yang penah aku crita kan sepanjang aku di bumi Lubnan ni.. Insyaallah kalu ada N3 yang best2 lagi pasal Lubnan ni aku akan cube kongsi..Pengalaman aku utk bertugas sbg anggota pengaman di UNIFIL ni mmg meninggalkan seribu kenangan yang tak mungkin aku akan dapat.. N3 dari papairfan seterusnya hanya akan ada selepas 2hb Feb nanti..



Last but not least.. doakan perjalanan kami agar selamat sampai di bumi Tanah air tercinta.. COMING HOME WITH PRIDE.. Peace No War.. Peace For Lebanon... Jumpa di Kuala Lumpurrrrrrrr........ Zasssss....

-papairfan-

Rabu, 26 Januari 2011

Selesai sudah..

Salamekum.. Pada malam 24hb Jan 2011 merupakan hari yang bersejarah bagi diri aku coz.. majlis serah terima tugas serta menanda tangani nota serah terima tugas telah pun dilaksanakan dengan jayanya.. maknanya aku dah bukan lagi battle capt.. seksa aku dah lepas... ahakkksss...


 Giliran aku dah sudah.. giliran korang plak la ye... hehehe..

Tapi majlis serah terima tugas ni tak komplete la kalu Komander aku tak serah.. so, dia merupakan orang yang terakhir sain...


Disudahi dengan doa selamat... amin...

Besoknya plak.. 25 hb Jan 2011 merupakan acara rasmi serah terima tugas diantara MALBATT 2 dan juga MALBATT 3.. majlis ini telah disempurnakan oleh Komander Sector Barat UNIFIL..


selepas acara serah terima bendera, maka MALBATT 3 telah beroperasi sepenuhnya la.. dan pada belah petangnya plak... kitorg geng2 pegawai pun apa lagi... sesi bergumbira la.. hahaha...


mula-mula kene la skema...


 
 
Pastu... yabedabeduuuuu....

Sebagai penghargaan dari MALBATT 3, kitorg telah dirai kan pada sebelah malam.. so, ada la jamuan makn2.. hehehe.. so, seperti biasa persembahan.. ohhh.. tidak.. MALBATT 3 kali ni ada bawak geng2 akustik yang lebih ramai.. tak macam aku.. juz main 2 orang je.. hehehe.. tp aku telah dijemput untuk memainkan sebuah lagu jgak.. so, sebagai penutup persembahan Geng D MAPPIAU di bumi Lubnan ini aku memainkan lagu dari Maher Zain.. for the rest of my life.. toching tu.. dan dinyanyikan oleh capt dosh.. cayalah beb...


Last post bersama Otai.. gitaris aku.. kali ni dia bernasib baik coz MALBATT 3 ada bwk gitar karen.. so, di lepaskan geram la menggoreng sampai hangit dgn gitar tu..

Akhirnya.. selesai sudah tugasan aku di bumi Lubnan ni.. so, aku bleh konsentret dgn packing barang.. get ready utk balik.. hopefully, flight tak delay la pada 28hb ni.. sbb brita yang aku dgr situasi di Beirut agak tegang.. alamakkkk.. aku harap readers aku semua dapat doakan supaya situasi kt sana tenang semula agar kitorg bleh balik dengan aman.. sbb I miss mamairfan so much.. Peace No War.. zasssss

-papairfan-

Selasa, 25 Januari 2011

Lawatan KSN ke Lebanon..

Salam dari bumi anbia.. sori coz 2 3 hari ni aku takde N3 pasal Lubnan.. ini adalah disebabkan kebizian aku sempena Lawatan Ketua Setiausaha Negara..iaitu Tan Sri Sidek pada 21-23 Jan yang lepas..so, byk persiapan yg aku kene buat utk memastikan semua perjalanan lawatan berjalan dgn lancar.. Deligasi KSN telah selamat tiba di Bumi Lubnan bersama-sama pengganti kami iaitu MALBATT 3 pada ptg 20hb Jan 2011.

21hb Jan 2011.. jam 1030 pagi KSN bersama deligasi telah tiba di Kem UNP 6-43 dgn menaiki Chopper dari UN.. setelah tiba KSN telah dibawa utk meronda sekitar Kawasan Tanggung Jawab dan  kemudian baru la beliau mengambil tabik hormat dari anggota kawalan suku dari MALBATT 2..


 Sesi berkenalan dengan para pegawai..


Setelah diberi taklimat yang begitu mendalam oleh Komander aku.. KSN amatlah berpuas hati dengan kecermerlangan MALBATT 2 ni..kombang idung aku beb..sbb aku pun ada bersama masa taklimat tu..

Then.. pada sebelah ptg.. KSN telah dibawa ke Sektor Timur plak utk melawat satu lagi kontinjen kat sana..perancangan lawatan ke Kem MALCON East 6 adalah pada bsok paginya..jadik mlm tu KSN dan deligasi bermalam di salah sebuah Hotel di Sektor Timur..

Seperti biasa.. aku bersama Geng D'MAPPIAU akan perform bersama gitar akustik aku pada majlis makan malam di hotel tu.. hehehe..

So, abis je majlis malam tu..Komander aku amat berpuas hati dgn performance kitrg.. skali lagi aku tersonyom lebar.. ahahaha.. mana taknya.. aku rasa ini adalah kali kedua aku perform kat VVIP.. yg first dulu dpn Timbalan Menteri Pertahanan.. kali ni dgn KSN plak..bkn senang tu...hehehe..

Abis je Majlis malam tu.. aku terus blk ke Kem sbb bsok paginya aku akan sibuk dgn proses serah menyerah dgn MALBATT 3.. tu yang aku lewat skit nak update citer pasal lawatan ni tu.. dah la barang aku pun lum packing lagi ni.. aduiyai.. orang lain semua dah siap dah..tinggal nak capai beg trus naik bas je..ermm..ok lah.. bsok adalah (hari ni waktu malaysia) hari paling bersejarah.. sbb bsok adalah acara serah menyerah tugas secara rasmi.. maknanya tugas aku sbg Battle Capt kat sini akan berakhir.. yahhoooo... bestnyer... Peace No War.. zasssss...

-papairfan-

Rabu, 19 Januari 2011

MALBATT 2 FAREWELL NIGHT..

Salamekum.. di dalam kekalutan membuat persiapan utk blk ke Malaysia tak lama lagi.. MALBATT 2 telah mengorganise satu majlis perpisahan pada 15hb ari tu.. hehehe.. sori la kalu lewat skit nak masukkan N3 pasal citer ni.. Bz la.. jadik last week mmg kitorg bz tahap cipan la utk membuat persiapan majlis tu..




Disebabkan kat kem kitorg takde dewan yg besar, so kitorg terpaksa la buat kat Kem yg dekat dgn kitorg iaitu UNP 6-5. Kem ni dah dikosongkan oleh kontinjen Belgium.. jadik kitorg la yg jaga kem ni skang.. kira amik kesempatan la utk gunakan Rub Hall diorg..

Seperti biasa, perkara yg penting adalah utk meraikan semua tetamu yg hadir.. makanan la yg jadik tumpuan utama.. ye la, diorg kt sini semua suka dgn makanan masakan Malaysia..


Majlis telah bermula seawal jam 4 ptg.. sbb kat sini kul 4 dah gelap dah.. Jemputan malam tu mmg di luar jangkaan.. ada yang dari local people, dari kontinjen Indonesia, Itali, Nepal, China, France.. kira semua wakil negara yg ada kt sini datang la..


Dan, VIP pada mlm tu adalah TYT Duta Malaysia dan jugak Komander Secwest..

Aku.. seperti biasa menjalankan tugas aku sebagai penghibur.. bersama anggota geng akustik yg skang lebih dikenali dgn Geng MAPPIAU.. hehehe.. jgn marah..


Persembahan pertama kitorg... nyanyian.. sbg pembuka tirai.. kitorg main lagu Sweet Child O Mine dari Gun n Roses.. pakai akustik lagi tu.. mmg gempak...

Persembahan kitorg di selang selikan dgn tarian dan juga pencak silat disamping lakonan..

 Tarian Zapin dan Joget...

Lakonan Shaman/ Bomoh yg terer..

Yang paling touching adalah nyanyian lagu Coming Home oleh 6 orang pegawai MALBATT.. mmg kitorg dah tak sabo dah nak blk.. hehehe..

Majlis mlm tu abis kira2 dalam kul 8 mlm.. tp tak abis mcm tu je... kitorg ada fasa kedua plak.. hehehe.. kira show main blasah.. hehehe.. kira up jadik punye show..


eh.. tetiba lak ada aksi ni.. lagu twist.. hehehe..

Tak ketinggalan.. kitrorg akan open dance floor.. apa lagi.. masing2 tunjuk skill menari hip hop la..


Tak cukup menari kat bawah.. bwk naik atas pentas plak.. main giler ko.. menari pakai baju loreng lagi tu.. hahaha...

Malam tu mmg masing2 enjoy dan objektif kitorg mmg tercapai.. utk menghiburkan dan meraikan tetamu..

Ramai jgak yg memuji2 Komander aku diatas kejayaan kitorg sepanjang misi kat sini.. aku pun tumpang bangga jgak la.. Well Done to my Komander and all officers..

Ingat lagi N3 aku yg bgtau aku akan blk dlm 10 hari lagi.. iskk.. iskk.. sedih ni nak bgtau.. mmg la kitorg akan blk pada 28hb dan dijangka sampai pada awal pagi 29hb.. tapi.. yang sedihnya.. bknyer turun je flight tu leh jumpa dgn family especially mamairfan n irfan.. iskk..iskk.. kitorg kene kuarantin dulu.. cek darah.. then bila dah clr baru bleh blk.. senang citer 2 hb Feb la baru aku leh jumpa diorg.. aduiyaiii.. tersiksanyer.. sabar la yea mamairfan.. dugaan semua tu.. Peace No War.. zassssss..

-papairfan-

Isnin, 17 Januari 2011

Fokus.. Fokus... Fokus..



Salamekum.. korang nampak nombor kat atas tu.. diwaktu korg membaca N3 ni.. maknanya tinggal lagi 10 hari je lagi aku akan berlepas pulang ke tanah air tercinta..fuhh.. ctak sabo dah nih.. hehehe.. oleh yang demikian, dengan itu, bahawasanya aku akan terus memfokuskan diriku dengan kerja kerja yang perlu disiapkan sebelum diserahkan kepada MALBATT 3...



Walaupun aku sibuk dengan tugasan harian namun aku masih tetap sentiasa mengingati bahawa ada org yang tersayang sedang menanti aku.. MISS U MY DEAR.. ceewahhh.. mesti idung mamairfan tgh kembang kuncup kan.. hehehehe.. tak lupa jgak kepada semua readers bahawa nantikan SUPRISE bila aku dah balik nanti....Coming Home with Pride... Peace No War... Zasssss..

-papairfan-

Khamis, 6 Januari 2011

LATIHAN AKHIR MALBATT - Last Day

Sori la lewat skit publish N3 ni.. bkn apa juz utk memberi laluan kpd mamairfan wat tag yang berderet2.. Tepat jam 12 tgh malam.. aku yang baru je lepas update blog trus terkejut dgn panggilan utk baris.. it's show time for the next event.. aku yang masih lagi kompius di tgh cuaca yg tgh sejuk gile babas.. suhu lebih kurang 9 darjah selcius (sumber: jam tangan sunnto aku).. mmg menusuk sampai ketulang aku..



Acara seterusnya adalah.. treasure hunt.. setiap platun telah diberi sampul yang mempunyai  petunjuk yang seterusnya.. so, kepantasan masa dan pembahagian tugas adalah penting untuk acara ni.. bayangkan la dalam keadaan yang sejuk tu.. diorg ni mampu utk melaksanakan tugas dgn mencari setiap petunjuk yang telah diberi..

Sesi perbincangan sesama anggota bagi memastikan setiap petunjuk dapat dicari

Yang pakai jubah itu adalah ejen yg memegang petunjuk seterusnya.. bagi mendapatkan petunjuk tu.. anggota kene bijak dgn bermain kata kod.. baru bleh dapat.. kalu salah kata kod.. sampai pagi la jawabnya....


Selesai je acara tu.. lebih kurang kul 2 pagi jgak la abis acara ni.. so, kali ni mereka diberi masa untuk berehat sampai kul 5 pagi.. masing2 tertanya2.. apa la plak aktiviti kul 5 pagi nanti...


Rupa2 nya.. masa tu diorg semua dikehendaki solat subuh berjemaah... fuhhh.. nasib baik la bkn kene berlari lagi.. dan pagi tu jgak diadakan kuliah subuh.. lebih kurang kul 0645 pagi.. semua platun dikehendaki berbaris semula.. aduiyai.. apa la plak aktiviti kali ni.. 


Semua anggota telah siap dlm baris dan Komander aku pun trus naik ke pentas dan mengumumkan.. Latihan telah tamat.. fuhhhh.. lego hati den... selesai sudah semua acara.. kalu tak tu semua duk tertanya2 apa lagi aktiviti yang akan dibuat..


Maka, keputusan telah pun dibuat.. dan komander aku mengumumkan pemenang utk semua acara.. secara keseluruhannya.. platun yang mendapat gelaran platun terbaik adalah dari Banzai Zass.. tahniah.. dan hadiah telah diumumkan utk disampaikan apabila kitorg blk ke Malaysia nanti.. 


Platun banzai Zass (yg berdiri pegang bendera oren tu) telah memenangi acara keseluruhan.. anggota platun ni adalah terdiri dari Paratrooper, Komando, Paskal dan juga Paskau.. hebat diorg ni beb...


Pada yang kalah plak.. diorg dapat hadiah time tu jgak.. aduiyai.. kesian diorg kene booo.. dah la kene boo.. dapat hadiah cangkul plak.. hahahaha..

Muka tak pueh ati je.. hahaha.. sabo je la...

Platun tersebut kene buat satu pusingan sambil kawad perlahan jalan.. aduiyaiii.. malu beb... bkn utk menjatuhkan maruah.. tp juz for fun...


Tp bila dikenang blk dan dikaji blk setiap acara yang dibuat pada latihan kali ni.. mmg seronok.. yer la.. kalu tak asal nama latihan je.. mesti kene korek kubu, masuk hutan buat serangan.. tp kali ni mmg berbeza.. tahniah kepada komander aku yang telah mengilhamkan semua acara ni.. Peace No War.. adios.. ishh.. dah boring la adios.. aku nak tukar lain plak.. zassssss...

-papairfan-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...