ORANG YANG TENANG SELALU MENANG
Memaparkan catatan dengan label Malbatt 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malbatt 2. Papar semua catatan

Selasa, 22 Februari 2011

Malbatt 2 Farewell Dinner

Vavava terperam lame pulak cerite pegi dinner kat kuantan ari tuh. Okeh lurus pada tujuan la yeh (hahaha alihbahasa :P). Lepas siangnyer kiteorang cek in bilik kat Bukit Gambang Resort tuh, dalam pukul 6 lebih macam tuh papairfan setel reheasal untuk show malamnyer nanti. 

Balik bilik terussss zasssss siap2 untuk dinner.


Mamat ni macam biasakla mane2 tempat tak reti duduk diam, ni musti atuk cacing ade dalam vontot die nih tau huhuhu ( eh ke die buhsan tunggu mama die siap lame gilosss tu yang buat aksi tuh wakakaka kantoi sudah :P)

Alaa irfan kene la paham mama kene la vouggithevassss, kalau tak nanti kempunan pulak anty hanis nak tengok, sebab tu la mama kene take time sikit nak siap tuh wakakaka motip? (Hanis sile jawab!! muahahaha :P)



Dalam kul 8 lebih macam tu kiteorang dah gerak ke dewan untuk majlis malam tuh. Sian irfan nampak muke die penat, tapi die tatap jugak mau lawan penat die tuh dan hasilnyer grrrrr, haisshh paham2 sendiri sudah la yea, mau sakit usus aku ingatkan balik peel die kang hohoho :P.




Papairfan pun tak ketinggalan jugak buat persembahan malam tuh, lepas jer abis die nyanyi die cakap die tujukan lagu OST lagenda budak setan tuh khas untuk aku, tapi series aku tak dengar bile mase papairfan cakap macam tuh. Nak tau sebab ape aku tak dengar? haaa meh sini acik habaq mai nih.




Macam biasak la alkonpemla mamat nih yang suke buat mama die bertukar kan. Tengah2 papa die syiok nyanyi tuh boleh pulak irfan sekuat2 suara nanges pastu dok cakap "papaaaaaa" "Papaaaaa" sikit lagi aku nak join irfan nanges same2 panggil "papaaaaa" "papaaaa" kat bawah pentas tu pulak tauu. Mak aiii vouggithevass ntah kemane tuju lagu pun ntah kemane. Alih2 bapak eh nyanyi syiokk sendiri kat atas pentas tuh, (hahaha takpe kejap lagi aku gesek2 papairfan mintak hampun wokeh muahahaha)



Tapi nasib baik la sepanjang aku kat Bukit Gambang Resort tuh ade si wani ni ha, tunang kepada Kapt Dosh (Geng papairfan) hahaha sori uollssss not available okeh muahaha :P. Kirenyer sepanjang kat sane wani la banyak teman kan aku dan tolong aku untuk kontrol kan si mamat irfan tu okeh. Yela dah papairfan sebok kan dengan persembahan malam tuh. Anyway Thanks dik :)).



Macam2 care okeh aku buat nak bagi mamat ni behave, tapi tak jugek tatap jugek die nak pegi same2 bergonjeng ngan papa die kat atas pentas tuh tau haduiiii haru haru. Tu aku senyum tuh hanye berpure2 okeh jangan la korang percaye sangat dengan adegan gamba tuh hahahaha ;P.



kembar 3 anak2 permata ibu pun ade jugak kat majlis tuh. Masing2 pelik antara satu sama lain  hahaha, irfan pun same konon2 jual mahal hahaha budak2 comel tau dieorang hehe.

Malam tuh ade jugak beberapa persembahan dari anggota Malbatt 2 nih. Antaranye



Persembahan dari Wisma Bintara, tarian twist, gaya okeh masing2 menari twist kemain terhuyung hayang lagi vontot memasing hikhikhik.



Tarian zapin pun ade, kemain terteleng2 lagi pale masing2 okeh ngeh ngeh ngeh.



Tarian kotak pun ade okeh, kreatif tau dieorang nih. Irfan bile nampak jer orang2 kotak tuh turun pentas tau pulak tuh die behave duduk ontok2 hahaha.




Dan persembahan di akhiri dengan nyanyian lagu2 dari semua anggota Malbatt 2. Semua serba hitam sebab tema untuk dinner malam tuh denim dan hitam (hehehe macam tau2 jer dieorang ni tau aku soooka hitam ngeh ngeh ngeh :P).



Dan sebelum maljlis berakhir sesi bergambar kenangan secara beramai2 pulak hehehe. Lepas dah setel majlis kiteorang pun terus zasssss balik bilik. Series wei abis satu badan aku lenguh2 menghandlekan irfan. Sampai bilik terus tido laju2, sebab esoknyer mau pigi berpoya2 kat Bukit Gambang waterpark pulak hoyehhhh.

Tido wei tidoooooo muahahaha :P.

-mamairfan-

Sabtu, 29 Januari 2011

Tu la Pemalas Lagi Bace Berite Akekeke :P

Petang tadi mase dok ralit hinggap dari belog ke belog, tetibe tengok ade satu pemberitahuan kat fesbuk (wakakaka skema ko bahase melayu okeh fesbuk i hiks :P)

Sekali tengok2 si Leyha tuh ade kirim sesuatu okeh kat dinding fesbuk aku hikhikhik. Nak tau ape die kirim..... hmmmmm kirim salam la aku nak bagitau!! muahahaha :P. Ececece taklah guwau2 jer, tak leh guwau jom sesame pegi surau ngan aku okehhh hak hak hak hak :P. Okeh2 jom tengok apekebendenyer tu yang poyo sangat tu kannn hihihi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V




SEBAHAGIAN daripada 139 anggota Kumpulan Kedua Malbatt 2 bersorak girang sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dari Beirut selepas menyelesaikan misi keamanan PBB di Lebanon sejak April tahun lalu, di Subang, Selangor, 29 Jan. - Utusan/ASMARUDDIN JAMALUDDIN- sumber: utusan online.


Hohohoho ghupernyer citer pasal papairfan ngan geng Malbatt 2 sampai malaysia pagi tadi masuk utusan online okehhh. Series dow aku tak tahu (nampak sangat okeh pemalas piang bace berita wakakaka :P). Hehehe mekacih la kat Leyha sebab menginformkan kat akak tauu. Kalau tak sampai kesudah tak tau okeh hahahaha. 

Pssstttt cube teka papairfan yang mane ngeh ngeh ngeh, haipppp Leyha tak boleh teka okeh hahahaha :P.

-mamairfan-

Selasa, 11 Mei 2010

Amboiiii... Abang Kemain Lagi Yek Gambo Kuar Surat Khabar Utusan Lagii.... :P

Abang,

Pagi ni tadi kat opis tengah diana buat2 sibuk wat keje, tetibe ade sorang kakak kat opis diana ni terjerit2

kakak tuh: diana, diana, suami awak ni diana, suami awak nih...

Diana: hah, suami aku.. biar betul..die kat lubnan, mane ader kat sini...

Kakak tuh: betull...ni haaa dalam paper ni haaa..

Diana: (still tak caye lagi okkk sebab kadang2 dieorang ni suke kenekan diana..) ye la sangat..akak ni saje je ni kannn....

Kakak tuh: iiyeeeeee...meh sini tengokk....

sekali bile diana tengok....gelak besar diana.....hahahahahahaaa....kemain lagi abang...menyengih macam kerang busukkkk...wakakaka....

Abang tak cayee...meh tengok nih....huhuhuhuhu...

v

v

v

v

v

v


Malbatt 2 teruskan misi di Lebanon


Sebahagian daripada anggota malbatt 2 yang bertugas memastikan keamanan di lebanon.


RIAK-RIAK ceria jelas terpancar pada wajah pegawai serta anggota dalam pasukan Batalion Malaysia 2 (Malbatt 2) dan pasukan Kontinjen Malaysia 5 (Malcon East 5) apabila menerima kunjungan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad di kem mereka di At Tiri dan Kaoukaba, Lebanon pada 1 dan 2 Mei lalu.

Bagi mereka yang ketika ini bertugas di bawah panji-panji Pasukan Interim Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil), lawatan itu amat bermakna kerana ia bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar fikiran dengan pemimpin itu malah turut membakar semangat untuk menggalas misi negara di pentas dunia.

Misi yang terpikul di bahu pasukan Malbatt 2 amat besar kerana kehadiran mereka seramai 440 orang bagi menggantikan pasukan Malbatt 1 di negara bergolak itu pada 22 dan 29 April lalu akan melibatkan imej negara di kalangan masyarakat antarabangsa.

Kehadiran mereka di bumi Lebanon begitu dinanti kerana kehadiran pasukan-pasukan terdahulu dari Malaysia telah berjaya memainkan besar bukan sahaja sebagai tentera pengaman bersama pasukan daripada 31 buah negara lain yang bernaung di baweah Unifil malah banyak membantu penduduk tempatan dalam banyak perkara.

Tugas setiap pegawai dan anggota dalam pasukan Malbatt 2 sebenarnya bermula seawal mereka menjejakkan kaki di bumi Lebanon apabila mereka terus bergerak ke kem-kem yang terletak selatan negara itu yang jaraknya hanya kira-kira 18 kilometer dengan sempadan Israel.

Menurut Komander Malbatt 2, Kolonel Mohd. Nizam Jaafar, tugas-tugas awal sebaik kumpulan pendahuluan tiba pada 22 April lalu ialah dengan menjalankan kerja-kerja pengambilalihan kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan tersebut.

''Sebaik tiba, kami terus melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada kami iaitu antaranya proses pengambilalihan kawasan tanggungjawab iaitu di ketiga-tiga kem iaitu di At Tiri, Harris dan Barasit yang terletak di kawasan barat sempadan antara Lebanon dan Israel.

''Dengan kekuatan seramai 135 anggota (kumpulan pendahuluan) penugasan peringkat awal ini menumpukan kepada serah menyerah peralatan, penugasan dan ambil alih kem,'' katanya.

Selain itu, anggota dalam pasukan itu juga akan membuat tugas rondaan bersama dengan pasukan Malbatt 1 (sebelum mereka pulang pada 30 April lalu) untuk membiasakan diri dengan kawasan-kawasan yang diberi tanggungjawab kepada pasukan tentera pengaman negara.

''Kami juga akan berjumpa dengan pemimpin setempat dan orang hubungan di ibu pejabat Unifil di Naquora yang terletak kira-kira 40 kilometer ke barat At Tiri untuk memaklumkan mengenai pertukaran serta semua perkara yang berkaitan dengan proses tersebut.

''Proses itu penting supaya apabila kumpulan induk tiba (29 April lalu), setiap anggota akan dapat melaksanakan misi dengan lebih sempurna termasuk melakukan lebih daripada satu tugas hakiki mereka,'' cerita beliau.

Ketika ini tumpuan utama misi pasukan Malbatt 2 ialah mendominasi di kawasan jagaan mereka iaitu di kawasan seluas 93 kilometer persegi melibatkan sekitar At Tiri, Harris dan Barasit.

Dominasi itu penting bagi menunjukkan kehadiran pasukan Malbatt 2 yang diberi tanggungjawab sebagai pasukan tentera pengaman di kawasan berkenaan.

Langkah itu dapat dicapai melalui pelaksanaan tugasan rondaan secara berjalan kaki atau foot patrol untuk mengawasi tempat-tempat yang sukar dilalui.

Selain itu, rondaan pula akan dilakukan untuk berinteraksi dengan penduduk setempat semasa melaksanakan tugas rondaan.

''Ini penting untuk memastikan dan mengawasi tiada sebarang pelancar roket dilakukan oleh mana-mana pihak,'' ujar Mohd. Nizam.

Bagi kawasan-kawasan besar pula, rondaan akan dilakukan dengan menggunakan kenderaan-kenderaan khusus untuk memantau sebarang aktiviti di kawasan di bawah jagaan Malbatt 2.

Ketika ini keluasan kawasan yang terletak di bawah kawalan pasukan Malbatt 2 di kawasan barat berhampiran sempadan Israel ialah seluas 93 kilometer persegi berbeza dari dahulu yang hanya 41 kilometer persegi.

''Bandar yang paling utara dalam kawasan tanggungjawab kami ialah al-Majadil dan yang paling selatan ialah Rchaf manakala bandar paling timur ialah al-Sutaniyah dan yang paling barat ialah Rishknaniyah,'' tambahnya yang kaya dengan senyuman tetapi tegas ketika bertugas.

Dalam pada itu, Mohd. Nizam memberitahu, pasukan di bawah pimpinannya bakal berhadapan cabaran baru apabila mereka bakal berpindah ke kem yang baru tidak lama lagi iaitu ke Kem 6-43 yang terletak kira-kira 8 kilometer di utara kem At Tiri ketika ini.

Proses perpindahan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula pada 25 Mei ini dan dijangka selesai sepenuhnya pada 3 Jun.

''Kita jangka akan memulakan tugas sepenuhnya dari tempat baru itu pada 5 Jun,'' jelas beliau.

Menariknya, Kem 6-43 yang dulunya dijadikan sebagai ibu pejabat Unifil bagi sektor barat lebih besar berbanding kem At Tiri yang diduduki pasukan Malbatt 2 ketika ini.

''Masalah yang kami hadapi kini ialah keperluan logistik seperti kelengkapan dan pembaikan bangunan kerana apabila ia dikosongkan, pihak yang sebelumnya telah membawa keluar bersama mereka kebanyakan bangunan mudah alih yang mereka duduki sebelum ini.

''Kami perlu membuat pembaikan dan penambahan untuk membolehkan anggota kami tinggal dengan selesa dan kami yakin dapat melaksanakan tugas yang diberi itu,'' tambah Mohd. Nizam.

Masalah yang paling ketara ialah, anggota Malbatt 2 yang sebelum ini mempunyai kemudahan sebuah stadium tertutup ketika beroperasi di At Tiri untuk bermain futsal, bola tampar, bola keranjang, takraw, badminton dan gimnasium bakal terasa kerana kemudahan itu tidak disediakan di kem yang baru.

Bagaimanapun, Abdul Latiff telah menyatakan kesediaan kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Brunei untuk menyediakan kemudahan sukan di kem yang baru.

Perpindahan kem itu dibuat ekoran kem pasukan itu di At Tiri dan Barasit akan diserahkan kepada pasukan batalion dari Perancis.

.................................................................................................................................................................



Abang, betul kan diana cakap...hehehee...diana dah call ayah diana ngan ayah abang suh beli sokabar utusan hari ni...hahahaha...Diana suh dieorang simpan untuk bagi abang tengok bile abang balik nanti, then untuk sesi kutukan....hahahahaa..


Update: Abang, ayah diana dah beli dah sokabar utusan tuh, hehehehe...nanti abang balik abang tengok yehhh....hiksss


Update lagi:

ni tadi diana ade amik gamba kat dalam surat khabar utusan, cube abang tengok.

yang dalam muke surat ni takdo gamba abang, ni mukadimah citernyer. hehehe.


haaa, yang ni baru ade gamba abang, nampak tak ?? jap diana close up.


haaaa, nampak tak, nampak tak, poyosss giloss gamba abang, hahahaa.


ni close up lagi. eh jap, apo bondo yang abang pogang tuh, ooooo, time ni abang tengah ngular yek.. :P


mesti lepas ni abang poyos gilos kan, satu tanah melayu tuh tengok gamba abang (hek, macam la sumo orang kenal abang kan..:P).

diana dah canang dah satu kampung suh beli surat khabar utusan hari ni...wakakaka....nanti abang balik nanti abang siap2 la pen. hikss. :P


-mamairfan-

Jumaat, 30 April 2010

Terase Lambat La Pulak Mase Ni Berjalan




Pagi ni mase dok belek telek berita harian terjumpe la citer pasal pasukan Malbatt 2 group yang kedua dah berlepas ke Lubnan semalam kat Subang. Terus aku teringat kat papairfan, rase rindu sangat rasenye.


Dah seminggu sehari papairfan ade kat sane. Adehh terase lambat la plak mase tu berjalan.
:((


-mamairfan-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...