Jeng.. jeng.. Jeng... guess who.. taraaaa... its me.. papairfan.. Semenjak tugas mengupdatekan blog telah diambil alih oleh mamairfan nampaknya blog ni semakin berseri2.. tetapi setelah didesak beberapa kali oleh mamairfan utk aku menceritakan sedikit sebanyak pengalaman aku di Lubnan.. maka aku pun dengan rela hati akan berkongsi pengalaman dari mula aku ditugaskan sebagai pengaman di Misi PBB UNIFIL (Lubnan).
PERSIAPAN SBLM DIATURGERAKKAN – MALAYSIAN BATTALION 2 (MALBATT 2) - Part I.
Bulan 12 2009, aku telah terpilih utk menyertai misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) dan aku perlu menjalani latihan sebagai persiapan sblm diaturgerakkan ke Lubnan latihan ini dipanggil Force Integration Training di Port Dickson. Aduiyai.. camno la nak ckp kt mamairfan yg aku terpaksa tinggalkan dia selama 9 bln, so, mula2 aku pun ckp kt mamairfan yg aku kene g kursus kt PD selama 3 bln.. maknanya kira tipu sunat la (tak sampai ati sebenarnya).. padahal peluh aku dah 3 baldi dah kuar sbb training kt sana..
dlm masa yg sama mcm2 persiapan dah aku buat utk tinggalkan dia, termasuklah pasang line streamyx kt umah, upgrade PC, beli webcam.. carik bibik.. mula2 mamairfan pun kompius jgak tp aku ckp beli utk saja2 je utk dia jgak.. hehehe.. sian mamairfan kan.. after 2 bln aku kt PD masa tu bln feb 2010 aku pun ingat2 lupa la, dan mamairfan masa tu langsung tak tau yg sebenarnya aku akan ke Lubnan, akhirnya pada satu mlm aku blk dari PD dan terus aku rasakan aku dah bersedia utk critakan hal yg sebenarnya.. aduiyai.. mamairfan mmg sedih giler time tu.. tp aku ckp ini demi tugas, demi negara.. nasib baik mamairfan bleh trima hakikat tu.. i’m proud with u my dear.. mekasih sayang..

Latihan menembak senjata M4.. kt blkg aku tu big boss aku..

Akhirnya bila tiba saat utk pemakaian beret PBB, iaitu sesuatu acara yg amat membanggakan bagi setiap aggota misi.. masa tu dah masuk bln april 2010 dah tak lama dah nak berangkat.. First group dijangkakan bertolak masa tu dlm 29 Apr 10. Seramai 440 anggota MALBATT 2 dari pelbagai perkhidmatan (Darat, laut dan Udara) yg akan menyertai misi di Lubnan.. diketuai oleh Kol Mohd Nizam bin Jaffar.
Lpas je acara pakai beret PBB.. kitorg pun apa lagi.. freestye picture la..



I'm still remember kata-kata Komander aku.. ''kita pergi adalah sebagai satu ketumbukan tentera.. tetapi apabila kita pulang ke tanah air.. kita adalah satu keluarga...''
Ermmm.. akhirnya.. masanya telah tibe.. Masa ni mcm2 perasaan aku rasa.. gembira, sedih, berdebar semua ada.. ish.. mcm nak perang (mmg pun).. tanggal 29 Apr 10.. kitorg berkumpul di Lapangan terbang Subang, kt sana adalah utk berjumpa dgn semua keluarga je. Sebenarnya kitorg naik kt KLIA.. flight kitorg tgh mlm.. so kitorg just bleh jumpa dgn keluarga sampai kul 7 ptg je..


Tgh duk tunggu masa utk berkumpul irfan cam biasak la... masa ni irfan langsung tak reti nak duk diam.. aduiyai.. melalak tak tentu pasal.. aku dah sedih giler tgk dia.. ye la kan.. papa mana yg tak sedih tgk anak kene tinggal.. dah la mamairfan pun kene tinggal jgak.. aduiyai....


Tepat jam 7.15 ptg kitorg dah kene berkumpul dah utk sesi taklimat penerbangan.. ermmmm.. time utk berpeluk2.. nangis2.. sedih wooo... pastu semua keluarga pn aku gerak blk.. aduiyaiii... ye ke aku ni nak g Lubnan ni..

Ok lah.. nanti sambung blk utk Part II.. Apabila sampai di bumi Anbia... peace no war..
1 ulasan:
berat mate memandang berat lagi bahu yang memikul...hurmmm...
Catat Ulasan