Spesial edition.. Atas permintaan rakan2 seperjuangan aku kt bumi Lubnan ini yg mintak aku kuarkan citer apa yg terjadi hari ni iaitu sambutan Hari Raya Qurban di Bumi Lubnan.. kami disini menyambut sehari lebih awal dari bumi malaysia..
Setiap org mmg mempunyai perasaan sentimental terhadap perayaan ini.. tak kurang jugak aku.. Mmg tak dapat dinafikan aku mmg sedih coz tak dapat beraya bersama mamairfan dan jugak irfan buat kali yg kedua sepanjang misi ini.. ari tu raya puasa.. ni raya haji plak.. iskk.. iskk.. Tapi di atas budi bicara Komander aku kat sini so, dia mencadangkan agar kami membuat sambutan sama seperti di bumi malaysia.. ini adalah bertujuan utk merasai suasana Hari Raya Qurban..

Bermula dgn takbir raya pada pagi tadi.. semua org mmg menyembunyikan perasaan sedih di sebalik wajah ceria diorg.. ye la.. semua yg ada kt sini mesti teringatkan kpg dan jugak keluarga..

Lepas bertakbir dan bersembahyang sunat raya aidil adha (ceewahh.. nama aku tu..).. kami pun bermaaf-maafan sblm menjamu selera kt dewan mkn.. juadah mcm biasak la.. mi hoon, nasik impit, lontong dgn kuih.. itu pun dah cukup utk sarapan dan merasai suasana di hari raya..

Tawa dlm tangisan.. tu la Komander aku.. biarpun jauh dari keluarga tp ttp ceria...

Amin...
Dah kenyang.. apa lagi.. jom g korbankan kambing2 yg ada.. aku rasa kambing yg ada lebih dari 10 ekor kot.. dan seekor kibas.. tu semua sumbangan dari anggota2 MALBATT yg niat utk membuat qurban..

Aku mengambil bahagian dlm semua acara, dari sembelih, melapah dan memotong.. daging2 yg dah siap dipotong akan disedekahkan kepada beberapa perkampungan yg telah diregisterkan oleh peg CIMIC MALBATT... itu salah satu kerja amal kami di sini..


Selesai je upacara penyembelihan.. masa utk masak plak.. acara ni aku tak join la coz aku ada keje nak buat kt pej.. tau2 je diorg panggil utk mkn... hehehe..

Kambing yg berjaya aku korbankan utk lauk tengah hari.. tinggal kepalo... hohoho..
So, itu la sikit lebih kurang la yea acara menyambut hari Raya Qurban di Bumi Lubnan ni.. simple je but amat bermakna.. di kesempatan ni aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA yang berada di bumi Malaysia tanah air tercinta.. adios..
3 ulasan:
waaaaa...meriah jugak sambutan kat sane. Tapi tu la diana kat sini rindu...tsk..tsk..tsk..
sabor.. sabor.. 70 hari lg..
-papairfan-
Biar pun jauh beribu batu.. hati ku ttp padamu sayang... ceewahhh..
-papairfan-
Catat Ulasan